Pembinaan | Kontraktor berdepan tekanan kos

2022-04-15 0

Kontraktor tempatan dijangka terus berdepan masalah kenaikan harga bahan mentah dan kekurangan tenaga kerja meskipun selepas pembukaan sempadan negara pada 1 April 2022.

RHB Research berkata, permohonan daripada majikan perlu melalui tapisan jawatankuasa di dalam Kementerian Dalam Negeri bagi menentukan jumlah pekerja asing yang layak untuk bekerja dan ia dilihat akan mendorong kepada kekurangan tenaga pekerja serta kelewatan kerja-kerja pembinaan.